BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tarique Rahman, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh yang baharu.